BUKIT
AMAN, 22 Julai – Dua cubaan penyeludupan dadah dari luar negara telah
berjaya disekat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dalam
tempoh seminggu ini. Antara siri kejayaan yang dilakarkan oleh JSJN
Bukit Aman pada 19 Julai, seorang Nigeria berumur 32 tahun telah ditahan
di sekitar kawasan penghantaran pos laju, Puchong, Selangor.
Semasa tangkapan polis turut merampas satu bungkusan yang telah dihantar dari negara Argentina berisi pakaian jaket mengandungi dadah yang disyaki kokain yang telah diserap ke dalam lapisan pakaian tersebut.
Pada
20 Julai lalu, JSJN Bukit Aman telah menangkap 2 lelaki Pakistan dan
melakukan pemeriksaan ke atas sebuah kilang di penuhi pelbagai kotak
berisi barangan garam, mee hoon, sos tomato dan jeruk (Mixed Pickle)
kawasan perindustrian Nilai, Negeri Sembilan.
Hasil
pemeriksaan polis telah berjaya menemui 195 paket (110.4 KG) dadah
heroin gred tinggi yang disorokkan di dalam kotak jeruk. Hasil rampasan
dianggarkan bernilai RM6.62 juta.
Lanjutan
dari tangkapan itu, pada 21 Julai polis telah berjaya menangkap 5
lelaki Pakistan di sebuah kediaman Danau Kota, Jalan Genting Klang,
Kuala Lumpur.
Kesemua
tangkapan adalah berumur di antara 26 hingga 39 tahun. Kes disiasat di
bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman
mati mandatori jika disabitkan dengan kesalahan.



Sumber : Unit Laman Web Bukit Aman
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Cubaan Seludup Dadah Gagal
BUKIT AMAN, 22 Julai – Dua cubaan penyeludupan dadah dari luar negara telah berjaya disekat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dalam tempoh seminggu ini. Antara siri kejayaan yang dilak..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/cubaan-seludup-dadah-gagal-20140617
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.