Maklumat Awal Fb Pdrm Berjaya Selamatkan 15 Gadis Daripada M
Kuala
Lumpur, 22 Julai – Tindakan pantas polis daripada maklumat awal yang
diterima melalui Facebook Rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya
menyelamatkan 15 gadis Asia Selatan dalam satu serbuan kes pemerdagangan
manusia di Jalan Inai, semalam.
Ahli
keluarga daripada salah seorang gadis yang menjadi mangsa sindiket
tersebut telah menghantar pesanan peribadi kepada Facebook Rasmi PDRM
pada 18 Julai lalu bagi meminta pertolongan polis Malaysia supaya
mengesan gadis berkenaan selepas menerima panggilan telefon yang
memaklumkan dia (gadis berkenaan) telah ditipu dan dipaksa meminum
minuman keras dan dijadikan sebagai hamba seks.
Berdasarkan
kepada maklumat tersebut, pihak polis segera menjalankan siasatan dan
membuat serbuan di sebuah kelab eksklusif yang terletak di Jalan Inai,
Kuala Lumpur dan berjaya menemui gadis yang dimaksudkan bersama
mangsa-mangsa lain yang berasal dari Nepal, Bangladesh, Pakistan dan
India.
Kejayaan
kes tersebut berjaya membuktikan bahawa penggunaan media sosial oleh
PDRM sebagai langkah yang proaktif dan berkesan dalam membantu orang
awam membanteras dan menangani jenayah di Malaysia.

Gambar: Akhbar The Star