Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

12 Ditahan Dalam Kes Pecah Rumah Dan Samun Kenderaan

Diterbitkan: 17 Jun 2014 8.01 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.43 PM
Kuala Lumpur, 22 Julai - Sepuluh lelaki dan dua wanita ditahan dalam beberapa siri serbuan yang dijalankan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang yang diketuai oleh Inspektor Moham..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/12-ditahan-dalam-kes-pecah-rumah-dan-samun-kenderaan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:37 MYT
12 Ditahan Dalam Kes Pecah Rumah Dan Samun Kenderaan
 
>

Kuala Lumpur, 22 Julai - Sepuluh lelaki dan dua wanita ditahan dalam beberapa siri serbuan yang dijalankan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang yang diketuai oleh Inspektor Mohamed Jasman bin Osman, Selasa lalu.

Selain itu, pihak polis turut merampas beberapa kenderaan termasuk model BMW dan Toyota Camry yang dilaporkan hilang sekitar Lembah Klang. Kesemua suspek ditahan kerana disyaki terlibat dalam jenayah samun, pecah rumah dan melarikan kenderaan di sekitar Lembah Klang dan polis percaya telah menyelesaikan beberapa kes.

Pemangku Ketua Polis Selangor, SAC Dato A. Thaiveegan berkata kesemua suspek yang ditahan didapati positif dadah jenis methapatamine dan direman sehingga Rabu ini.

Beliau hadir di IPD Serdang bagi menyampaikan sijil-sijil penghargaan kepada pegawai kanan dan anggota yang telah bertungkus lumus melakukan tangkapan terhadap suspek-suspek yang terlibat dan sekaligus menyelesaikan beberapa kes.

12 Ditahan Dalam Kes Pecah Rumah Dan Samun Kenderaan

HEA Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 8.01 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.43 PM