Cubaan Seludup Barangan Kosmetik Bernilai Rm30 000 Dipatahka
Pelabuhan
Klang, 9 Jan - Cubaan untuk menyeludup masuk barangan kosmetik berjaya
dipatahkan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang dalam sebuah
operasi yang dijalankan di Pelabuhan Klang pada 12.30 tengahari tadi.
Dalam
operasi tersebut,PPM telah menahan sebuah bot di Pelabuhan Barat yang
sarat dengan muatan 188 kotak barangan kosmetik bernilai hampir
RM30,000.
Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kesemua barangan kosmetik yang cuba diseludup tidak mempunyai dokumen dari Jabatan Farmasi.
Pegawai
Pemerintah Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang, DSP Norzaid bin Muhammad
Said berkata, "Bot tersebut telah ditahan oleh bot ronda PSC 39 yang
sedang menjalankan Op Pensura dan hasil pemeriksaan mendapati kotak
tersebut mengandungi 23,520 paket shampoo dan 3,312 botol krim pencuci
muka serta minyak rambut."
Kesemua barangan tersebut dirampas di bawah Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Sumber : HEA Cawangan Marin Klang