Arak Dan Pelbagai Jenis Mercun Bunga Api Bernilai Rm20 000
Sitiawan,
9 Jan - Pasukan Polis Marin (PPM) Kg. Acheh membuat rampasan pelbagai
jenis arak tidak bercukai, mercun dan bunga api dalam satu serbuan yang
dilakukan di sebuah rumah di Segari, semalam.
Pegawai
Pemerintah Markas Operasi PPM Kg. Acheh DSP Shaari bin Ariffin berkata
jumlah rampasan tersebut dianggarkan bernilai RM20,000.
"Operasi
dijalankan pada pukul 5.45 petang itu turut menahan seorang lelaki
berumur 61 tahun yang dipercayai pemilik premis berkenaan," katanya.
Shaari
berkata suspek dan kesemua hasil rampasan telah dibawa ke Markas
Operasi PPM Kg. Acheh untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah
Akta Kastam 1967 dan Akta Bahan Letupan 1957.

Sumber : HEA Cawangan Marin Perak