Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Cubaan Seludup Barangan Kosmetik Bernilai Lebih Rm50 000 Dip

Published: 18 Jun 2014 7.58 AM Updated: 15 Aug 2026 7.35 PM
Pelabuhan Klang, 15 Jan - Cubaan untuk menyeludup masuk barangan kosmetik berjaya dipatahkan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 dalam Op Pensura yang dijalankan di Pelabuhan Klang pada 9.00 pagi..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/cubaan-seludup-barangan-kosmetik-bernilai-lebih-rm50-000-dip
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:58 MYT

Pelabuhan Klang, 15 Jan - Cubaan untuk menyeludup masuk barangan kosmetik berjaya dipatahkan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 dalam Op Pensura yang dijalankan di Pelabuhan Klang pada 9.00 pagi tadi.

Dalam operasi tersebut, PPM Wilayah 1 telah menahan sebuah bot barter trade KM Camar 1 dalam perjalanan masuk ke Pelabuhan Klang yang sarat dengan muatan 118 kotak barangan kosmetik anggaran bernilai RM50,970.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati 9360 ketul sabun Maxi Peek Whitening Soap dan 7632 ketul sabun Kazuya Beauty Tranparent Soap. Kesemua barangan kosmetik yang cuba diseludup tidak mempunyai dokumen dari Jabatan Farmasi.

PPM Wilayah 1 telah menahan 10 orang krew dan merampas bot tersebut, manakala kesemua barangan kosmetik dirampas di bawah Peraturan Kawalan Dadah Dan Kosmetik 1984.

Cubaan Seludup Barangan Kosmetik Bernilai Lebih Rm50 000 Dip
Sumber : HEA Cawangan Marin Wilayah 1 Pelabuhan Klang

ArticlePublished 18 Jun 2014 7.58 AMUpdated 15 Aug 2026 7.35 PM