Kuala Lumpur - Demi habuan segera, golongan yang bekerja sendiri didapati mula direkrut sindiket pengedaran dadah untuk menjadi pengedar di beberapa lokasi panas, sekitar ibu negara.
Perkara ini terbongkar susulan tangkapan terbaru pada 8 dan 9 Januari lalu oleh Jabalan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju, dan mengenal pasti mereka yang ditahan tidak mempunyai rekod jenayah, malah bekerja sendiri sebagai mata pencarian.
Pemangku Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Superintendan A.Asmadi Abdul Aziz berkata, ini berdasarkan tangkapan terhadap empat leiaki, termasuk seorang warga asing di sekitar Setapak dan Bangsar pada dua tarikh itu.
Sumber: Sinar Harian