Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Cubaan Melarikan Mesin Atm Berjaya Dipatahkan

Published: 18 Jun 2014 1.11 AM Updated: 15 Aug 2026 7.42 PM
Johor Bahru, 15 Sept - Seorang pengawal keselamatan berjaya menghalang sekumpulan lelaki bertopeng daripada melarikan sebuah mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah bank di Johor Jaya di sini hari in..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/cubaan-melarikan-mesin-atm-berjaya-dipatahkan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:53 MYT

Johor Bahru, 15 Sept - Seorang pengawal keselamatan berjaya menghalang sekumpulan lelaki bertopeng daripada melarikan sebuah mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah bank di Johor Jaya di sini hari ini.

Pengawal keselamatan itu menyedari kegiatan kumpulan tersebut yang telah mengikat tali dan menarik mesin ATM yang terletak Jalan Ros Merah 2 itu pada 7.30 pagi dan bertindak menghalang mereka.

Dalam satu pergelutan dengan salah seorang daripada lelaki berkenaan, dia telah dipukul di kepala dan mengalami kecederaan ringan.

Pengurus bank tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Huang berkata, kejadian berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) bank itu namun identiti suspek tidak dapat dikenal pasti kerana mereka memakai topeng muka.

Ketua Polis Dearah Seri Alam Supt Roslan Zainuddin mengesahkan kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah pecah rumah.

Pihaknya akan meneliti rakaman CCTV itu bagi menentukan sama ada ia mempunyai kaitan dengan beberapa kejadian melarikan mesin ATM baru-baru ini. 

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 1.11 AMUpdated 15 Aug 2026 7.42 PM