Pengerang,12
Jan - Hasrat 20 lelaki termasuk seorang wanita warga asing untuk keluar
dari negara ini secara haram terbantut apabila berjaya dicekup Pasukan
Polis Marin (PPM) Wilayah 2 dalam tugas OP Landai di kawasan Pantai
Ladang# Kurnia, Sungai Rengit sekitar jam 9 malam tadi.
Operasi
yang melibatkan kerjasama PPM dengan anggota RELA itu mendapati kesemua
mereka yang ditahan telah berada di Malaysia melebihi tempoh masa yang
ditetapkan selain ada di antara mereka gagal mengemukakan dokumen
pengenalan diri yang sah.
Kesemua
pendatang tanpa izin tersebut telah dibawa ke Balai Polis Sungai Rengit
untuk siasatan lanjut dan disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta
Imigresen 1959/63 (Pind. 2002).

Sumber : HEA Cawangan Marin Johor
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article
Cubaan Keluar Negara Digagalkan Ppm
Pengerang,12 Jan - Hasrat 20 lelaki termasuk seorang wanita warga asing untuk keluar dari negara ini secara haram terbantut apabila berjaya dicekup Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 dalam tugas OP L..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/cubaan-keluar-negara-digagalkan-ppm
Scan to view the latest live version.