Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

15 Lelaki Ditahan Dalam Ops Dadah Di Hulu Terengganu

Diterbitkan: 18 Jun 2014 7.45 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.34 PM
Hulu Terengganu, 11 Jan - Polis menahan 15 lelaki yang disyaki terbabit dalam kesalahan dadah dalam operasi bersepadu di sekitar daerah ini yang bermula malam tadi dan berakhir awal pagi ini...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/15-lelaki-ditahan-dalam-ops-dadah-di-hulu-terengganu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:31 MYT

Hulu Terengganu, 11 Jan - Polis menahan 15 lelaki yang disyaki terbabit dalam kesalahan dadah dalam operasi bersepadu di sekitar daerah ini yang bermula malam tadi dan berakhir awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Mohd Ismail Muslim berkata antara yang ditahan ialah lelaki berusia 50 tahun selepas polis menemui dua botol serbuk putih disyaki dadah jenis heroin dalam serbuan pukul 2 pagi di sebuah pondok buruk di Kampung Langgar, Kuala Berang.

"Hasil saringan awal air kencing suspek yang mempunyai empat anak dan seorang cucu itu didapati positif dadah jenis morfin," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam operasi itu, polis turut mengeluarkan 23 waran tangkap ke atas pesalah lalu lintas dan memeriksa 138 kenderaan serta mengeluarkan tujuh saman atas pelbagai kesalahan.

Operasi trafik itu melibatkan sekatan jalan raya di simpang Felda Jerangau di Jalan Dungun-Ajil, simpang Plaza Tol Ajil dan simpang Jeneris-Gawi dan Sungai Tong. 

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 7.45 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.34 PM