Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Cubaan Ekspot Dadah Dalam Paip Pvc Gagal

Diterbitkan: 13 Jun 2014 3.45 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Sebanyak 35 batang PVC berisi 31 kilogram serbuk dadah jenis ketamin bernilai RM35,000 yang dipercayai bakal dieksport ke luar negara dirampas dalam serbuan di sebuah rumah kedai di Bukit Puchong, Sub..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/cubaan-ekspot-dadah-dalam-paip-pvc-gagal
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:22 MYT
Cubaan ekspot dadah dalam paip PVC gagal
 
>

SHAH ALAM 23 April 2010 - Taktik menyorok dadah di dalam batang paip polivinil klorida (PVC) semakin menjadi-jadi meskipun pernah dibongkar pihak berkuasa.

Terbaru, sebanyak 35 batang PVC berisi 31 kilogram serbuk dadah jenis ketamin bernilai RM35,000 yang dipercayai bakal diekspot ke luar negara dirampas dalam serbuan di sebuah rumah kedai di Bukit Puchong, Subang Jaya, kelmarin.

Turut dirampas dalam serbuan kira-kira pukul 4 petang itu adalah tujuh bungkusan plastik mengandungi dadah jenis heroin seberat 0.43 kilogram bernilai RM15,000.

Kesemua dadah tersebut ditemui susulan penahanan tujuh lelaki tempatan dan seorang warga asing dalam serbuan yang bermula 14 April lalu hingga semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Superintenden Abdul Razak Md. Zin berkata, dengan tertangkapnya kesemua suspek itu, pihaknya percaya berjaya menumpaskan satu lagi sindiket pengedaran dadah di kawasan Lembah Klang.

Beliau berkata, taktik menyorokkan ketamin di dalam batang paip PVC sepanjang 80 sentimeter x 23 milimeter itu merupakan antara taktik terbaru penjenayah untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

"Bagaimanapun kita berjaya mengesan kegiatan sindiket ini yang dipercayai telah berjalan sejak tiga bulan lalu hasil risikan dan maklumat orang awam. Siasatan juga percaya sindiket tempatan ini mempunyai kaitan dengan satu sindiket dadah antarabangsa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah beliau, kesemua suspek berusia lingkungan 20-an hingga 50-an itu kini direman untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ujar beliau, pihaknya turut menyita dua buah kereta milik anggota sindiket terbabit serta dua buah kereta Nissan Fair Lady dan Proton Putra bernilai RM156,000 dalam serbuan.

ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 3.45 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM