Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

9 Geng Toyota Ke 30 Tumpas

Diterbitkan: 13 Jun 2014 3.46 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Hasil pemeriksaan Batalion 7 PGA Pengkalan Kubor hari ini sahaja, sebanyak sembilan buah kereta tersebut ditahan kerana didapati melakukan kegiatan penyeludupan..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/9-geng-toyota-ke-30-tumpas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:13 MYT

PENGKALAN KUBOR 24 April 2010 - Melihat kereta Toyota KE 30 usang milik penduduk tempatan keluar masuk sempadan Kelantan-Thailand di Pengkalan Kubor di sini setiap hari, mungkin pemandangan biasa.

Namun kelibat kenderaan sama yang berulang alik tiga empat kali sehari cepat mengundang curiga Pasukan Gerakan Am (PGA) yang berkawal di sempadan.

Sangkaan mereka tepat apabila hasil intipan yang dilakukan sejak seminggu lalu mendapati kereta model itu yang mudah diubah suai tangkinya selain lasak, digunakan untuk menyeludup minyak.

Hasil pemeriksaan Batalion 7 PGA Pengkalan Kubor hari ini sahaja, sebanyak sembilan buah kereta tersebut ditahan kerana didapati melakukan kegiatan penyeludupan itu.

Pegawai Pemerintahnya, Superintenden Khalid Wahab berkata, lima daripada kereta itu ditahan di sebuah stesen minyak berhampiran manakala empat lagi di Pengkalan Haram, Tanjung. Katanya, kesemuanya ditahan kira-kira pukul 10 pagi.

"Semua kereta itu ditahan bersama pemandunya ketika sedang mengisi minyak untuk diseludup ke negara jiran selepas intipan dilakukan bermula pukul 6 pagi tadi. Semua suspek berusia lingkungan 30-an termasuk dua wanita. Maklumat awal mendapati kesemua mereka merupakan pemilik kereta terbabit," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut beliau, selepas diubah suai, setiap kereta berkenaan boleh mengisi sehingga 200 liter minyak berbanding jumlah asal sebanyak 60 liter sahaja.

Jelasnya, siasatan polis turut mendapati kesemua kenderaan berkenaan tidak mempunyai rekod kesalahan undang-undang dan melepasi piawaian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum diubah suai.

"Hasil intipan awal, kami dapati penyeludup ini keluar masuk sempadan sekurang-kurangnya tiga atau empat kali sehari untuk menjual minyak di sana," jelasnya.

Operasi dijalankan adalah hasil intipan seminggu yang dilakukan oleh 10 anggota Unit Risikan PGA 7 yang diketuai oleh Inspektor Risik, Mohd Fazli bin Yaakub.

Tambahnya, kesemua kenderaan terbabit akan dirujuk kepada JPJ sementara minyak yang dirampas akan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk tindakan lanjut.

ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 3.46 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM