Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Cubaan Dua Lelaki Tempatan Seludup Pati Gagal

Diterbitkan: 17 Aug 2018 1.14 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Johor Bahru, 17 Ogos 2018 – Cubaan dua lelaki tempatan untuk menyeludup masuk lima pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia ke negara ini gagal apabila mereka ditahan polis dalam rondaan cegah jenayah di Pantai Batu Bayar, Bayu Damai dekat Pengerang, dua hari lepas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/cubaan-dua-lelaki-tempatan-seludup-pati-gagal
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:27 MYT

Johor Bahru, 17 Ogos 2018 – Cubaan dua lelaki tempatan untuk menyeludup masuk lima pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia ke negara ini gagal apabila mereka ditahan polis dalam rondaan cegah jenayah di Pantai Batu Bayar, Bayu Damai dekat Pengerang, dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Ahsmon Bajah berkata kedua-dua lelaki masing-masing berusia 32 dan 42 tahun yang dipercayai merupakan tekong darat itu ditahan sepasukan anggota Ronda Cegah Jenayah (RCJ) Balai Polis Bayu Damai pada pukul 11.45 malam, Rabu.

Katanya daripada rondaan itu, polis turut menahan lima PATI Indonesia masing-masing tiga wanita dan dua lelaki berusia antara 28 hingga 50 tahun dan merampas wang tunai sebanyak RM12,200, mata wang Rupiah (enam juta), sebuah telefon bimbit dan sebuah kenderaan mewah.

“Hasil siasatan mendapati kedua-dua lelaki mempunyai rekod jenayah lampau masing-masing berkaitan dadah dan penipuan.

“Kedua-duanya ditahan reman sehingga 12 Sept ini bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Sesyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 kerana menjalankan kegiatan penyeludupan migran, manakala lima warga Indonesia berkenaan disiasat mengikut Sesyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1950/63 kerana tidak memiliki pas atau dokumen perjalanan sah,” katanya.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 17 Aug 2018 1.14 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM