Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Penyeludupan Minyak Ketua Polis Padang Besar Jawab Dakwaan Netizen

Diterbitkan: 17 Aug 2018 10.46 AM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.15 PM
Kangar, 17 Ogos 2018 - Polis menafikan tidak mengambil tindakan sewajarnya terhadap kes kemalangan yang mengakibatkan seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut setelah berlanggar dengan sebuah kereta yang didakwa digunakan untuk tujuan penyeludupan minyak di Jalan Kok Mak, Padang Besar, baru-baru ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penyeludupan-minyak-ketua-polis-padang-besar-jawab-dakwaan-netizen
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:57 MYT

Kangar, 17 Ogos 2018 - Polis menafikan tidak mengambil tindakan sewajarnya terhadap kes kemalangan yang mengakibatkan seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut setelah berlanggar dengan sebuah kereta yang didakwa digunakan untuk tujuan penyeludupan minyak di Jalan Kok Mak, Padang Besar, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintenden Muhamad Halim Yatim berkata, pihaknya telah menahan pemandu kereta tersebut untuk siasatan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan setakat ini tiada unsur-unsur jenayah.

Katanya, kenderaan itu yang didapati diubah suai di bahagian tangkinya serta tidak mempunyai cukai jalan dan perlindungan insurans telah disita dan diserahkan kepada agensi terlibat untuk siasatan lanjut.

“Bagi mengaitkan aktiviti penyeludupan dengan kes kemalangan yang berlaku itu adalah tindakan yang melulu.

Rekod kita menunjukkan ini adalah kes pertama kenderaan yang diubah suai tangki terlibat kemalangan sehingga mengakibatkan kematian.

“Hasil pemeriksaan pada kenderaan itu, kita turut menemukan sebuah tong yang kosong dan bukannya berisi minyak seperti didakwa pihak tertentu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan netizen dalam laman sosial yang mendakwa polis tidak mengambil tindakan terhadap kes kemalangan itu walaupun mengetahui ia mempunyai kaitan dengan penyeludupan minyak yang aktif di kawasan tersebut.

Netizen turut mempersoalkan di manakah pihak berkuasa dalam membanteras penyeludupan minyak di sempadan.

Muhamad Halim seterusnya memberitahu, pihaknya bersedia menerima maklum balas daripada masyarakat dan mengalu-alukan maklumat sekiranya mengetahui tentang aktiviti penyeludupan minyak di daerah tersebut.

Sumber - UTUSAN ONLINE

ArtikelDiterbitkan 17 Aug 2018 10.46 AMDikemas kini 24 Aug 2026 1.15 PM