Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Covid 19 Video Pilihan Bagaimana China Bangun Selepas Catat Jangkitan Dan Kematian Tertinggi Di Dunia

Published: 27 Apr 2020 7.20 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Seperti yang kita sedia maklum, China pernah mencatatkan kadar jangkitan dan kematian tertinggi di dunia akibat COVID-19.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/covid-19-video-pilihan-bagaimana-china-bangun-selepas-catat-jangkitan-dan-kematian-tertinggi-di-dunia
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:31 MYT

Seperti yang kita sedia maklum, China pernah mencatatkan kadar jangkitan dan kematian tertinggi di dunia akibat COVID-19.

Namun, atas usaha dan inisiatif berterusan kerajaannya selama dua bulan, kadar tersebut menunjukkan penurunan dan ia merupakan suatu kejayaan kepada negara berkenaan.

Antara inisiatif tersebut termasuk penutupan laluan masuk antara bandar, pembinaan hospital, proses nyahkuman, pemantauan pergerakan dan penguatkuasaan perintah berkurung.

Ia turut diperkuat dengan pematuhan dan keyakinan rakyatnya atas arahan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan serta pihak berkuasa, bagi mengembalikan semula kehidupan mereka sebelum krisis itu berlaku.

Ayuh saksikan bagaimana China kembali bangun selepas melalui tempoh sukar dan kini mampu mencatatkan penurunan kadar kematian yang rendah meskipun dunia masih bergelut dengan konflik pandemik itu.

Sumber: China Global Television Network

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#27042020

Covid 19 Video Pilihan Bagaimana China Bangun Selepas Catat Jangkitan Dan Kematian Tertinggi Di Dunia
https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia/videos/224126785485561/

ArticlePublished 27 Apr 2020 7.20 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM