Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Covid 19 Artikel Pilihan Semua Pihak Termasuk Media Dilarang Terbangkan Dron

Diterbitkan: 27 Apr 2020 6.34 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 27 April 2020 - Semua pihak termasuk pengamal media diingatkan untuk tidak menerbangkan dron di mana-mana lokasi di seluruh negara dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 12 Mei ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/covid-19-artikel-pilihan-semua-pihak-termasuk-media-dilarang-terbangkan-dron
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 23:36 MYT

Kuala Lumpur, 27 April 2020 - Semua pihak termasuk pengamal media diingatkan untuk tidak menerbangkan dron di mana-mana lokasi di seluruh negara dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 12 Mei ini.

Ketua Unit Dron Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Superintendan Rasha Azaldin Shafii, berkata tindakan menerbangkan dron tanpa permit daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) adalah salah mengikut Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam Malaysia 2016 (MCAR 2016).

"Mereka yang melakukan kesalahan mengendalikan dron tanpa kebenaran boleh dikenakan denda minimum RM50,000 atau tiga tahun penjara bagi individu atau denda maksimum RM100,000 untuk badan korporat.

"Adalah diingatkan, semua pihak tidak boleh menerbangkan dron sekiranya tidak mendapat permit daripada CAAM dan juga kebenaran pihak polis," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata sepanjang pelaksanaan PKP, pihaknya mengesan empat kes pengendalian dron tanpa kebenaran PDRM serta permit CAAM di seluruh negara.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan berhubung kes ini dan polis bersedia menggunakan alat drone jammer bagi memastikan tiada pihak yang menerbangkan dron tanpa kelulusan di mana-mana lokasi," katanya.

Superintendan Rasha Azaldin berkata penggunaan dron dilakukan khusus untuk membuat pemantauan udara di seluruh negara termasuk di kawasan yang dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

"Penggunaan teknologi dron sememangnya berkesan terutama dalam aspek memberi hebahan dan peringatan sepanjang tempoh PKP bagi mengekang wabak COVID-19," katanya.

Pada 7 April, CAAM telah membenarkan PDRM menerusi Unit Dron PGU mengendalikan unmanned aircraft system (UAS) atau dron bagi tujuan pemantauan dan penguatkuasaan semasa PKP.

CAAM turut memaklumkan operasi dron itu diketuai PDRM dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia dan tiga syarikat dron swasta.

Sumber: Berita Harian

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: sky and shoes
ArtikelDiterbitkan 27 Apr 2020 6.34 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM