Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Covid 19 Posting Pilihan Polis Temerloh Bantu Pelancong Terkandas

Published: 17 Apr 2020 7.50 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Temerloh, 17 April 2020 - Seorang pelancong warga Rusia, Mr. Maxim Lapin, 42, yang terkandas di Malaysia sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, akhirnya menarik nafas lega selepas beliau dibantu oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh sebelum selamat dibawa ke Kedutaan Rusia di Kuala Lumpur, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/covid-19-posting-pilihan-polis-temerloh-bantu-pelancong-terkandas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:23 MYT

Temerloh, 17 April 2020 - Seorang pelancong warga Rusia, Mr. Maxim Lapin, 42, yang terkandas di Malaysia sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, akhirnya menarik nafas lega selepas beliau dibantu oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh sebelum selamat dibawa ke Kedutaan Rusia di Kuala Lumpur, semalam.

Terdahulu, beliau yang merupakan seorang jurutera kargo di negara asalnya, dilihat berlegar-legar di sebuah restoran makanan segera bagi mendapatkan bantuan makanan selepas tidak lagi mempunyai wang dan terputus hubungan dengan rakan-rakan.

Sejurus gambar beliau memegang kadbod yang bertulis “I can’t go home and have no money I need a food” tular di media sosial, pihak IPD Temerloh segera ke lokasi dan membawa beliau ke klinik kerajaan berhampiran untuk pemeriksaan kesihatan dan saringan COVID-19.

Mr. Maxim kini dalam tindakan pihak kedutaan untuk dibawa pulang semula ke negara asal.

Sumber: POLIS Temerloh

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: one or more people, people standing and outdoor

Image may contain: 1 person, sitting and indoor
ArticlePublished 17 Apr 2020 7.50 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM