Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Covid 19 Artikel Pilihan 400 Anggota Pga Bebas Covid 19 Jalani Sanitasi Selepas Operasi

Diterbitkan: 17 Apr 2020 6.00 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuantan, 17 April 2020 - Semua 400 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara yang selesai penugasan selama sebulan mengawal sempadan Malaysia-Thailand dalam Ops Wawasan di Kelantan didapati bebas daripada wabak koronavirus (Covid-19).
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/covid-19-artikel-pilihan-400-anggota-pga-bebas-covid-19-jalani-sanitasi-selepas-operasi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:18 MYT

Kuantan, 17 April 2020 - Semua 400 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara yang selesai penugasan selama sebulan mengawal sempadan Malaysia-Thailand dalam Ops Wawasan di Kelantan didapati bebas daripada wabak koronavirus (Covid-19).

Ajutan Batalion 7, Pasukan Gerakan Am, Briged Tenggara, ASP Ku Majidin Che Ku Jusoh berkata, bagaimanapun kesemua mereka perlu menjalani proses sanitasi bagi mengawal infeksi virus Covid-19 sejurus pulang kerja-kerja pengawalan sempadan terbabit.

Menurutnya, proses sanitasi ini bagi memastikan setiap anggota dan pegawai yang baharu pulang dari operasi, berada dalam keadaan bersih dan disaring kesihatan mereka sebelum dibenar pulang menemui keluarga.

"Mereka ini (anggota dan pegawai PGA) sudah sebulan ditugaskan untuk menjaga pintu masuk utama di Pangkalan Kubur, Bukit Bunga dan Rantau Panjang dengann menjaga Pos Statik yang beroperasi 24 jam.

"Mereka ini telah manjalankan rondaan berkereta dan motosikal bagi memastikan tiada sebarang aktiviti pencerobohan sempadan negara berlaku termasuk di ‘laluan tikus’.

"Sehingga kini, kita dapati tiada pegawai dan anggota PGA didapati postif Covid-19 sepanjang penugasan mereka di barisan hadapan," katanya selepas Operasi Sanitasi Awam di Markas Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Kem Bukit Galing, malam tadi.

"Selain proses nyah cemar, anggota berkenaan turut disaring tahap kesihatan masing-masing bagi memastikan mereka bebas daripada gejala Covid-19," katanya.

Sumber: Sinar Harian

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Covid 19 Artikel Pilihan 400 Anggota Pga Bebas Covid 19 Jalani Sanitasi Selepas Operasi
ArtikelDiterbitkan 17 Apr 2020 6.00 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM