Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Covid 19 Posting Pilihan Polis Cari Wanita Didakwa Guna Cable Kpn Untuk Langgar Pkp

Published: 18 Apr 2020 9.44 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Petaling Jaya, 18 April 2020 - Polis akan mengenal pasti seorang wanita untuk dirakam percakapan susulan dakwaannya di media sosial bahawa dia menggunakan nama ketua polis negara untuk melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/covid-19-posting-pilihan-polis-cari-wanita-didakwa-guna-cable-kpn-untuk-langgar-pkp
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:22 MYT

Petaling Jaya, 18 April 2020 - Polis akan mengenal pasti seorang wanita untuk dirakam percakapan susulan dakwaannya di media sosial bahawa dia menggunakan nama ketua polis negara untuk melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berkata beliau tidak pernah dihubungi mana-mana pihak atau individu untuk mendapatkan kebenaran bagi membuat pergerakan ke mana-mana destinasi.

“Perkara ini sedang disiasat. Saya tidak pernah dihubungi oleh sesiapapun untuk mendapatkan kebenaran membuat pergerakan sebegini,” katanya kepada FMT, hari ini.

Tan Sri Abdul Hamid berkata, polis juga setakat ini belum mendapatkan kepastian sama ada pemilik akaun media sosial itu sudah melakukan kesalahan seperti melanggar PKP.

“Buat masa ini polis belum dapat pastikan sama ada wanita ini benar-benar melakukan apa-apa kesalahan melanggar PKP. Polis akan rakamkan percakapan wanita ini sejurus ia berjaya dikenalpasti,” katanya.

Terdahulu, tular status yang dimuat naik seorang wanita di Twitter yang mendakwa menggunakan “cable” ketua polis negara dalam usahanya melakukan pergerakan ke Kuantan, Pahang.

Selepas mendapat kritikan netizen, wanita berkenaan bertindak memadamkan akaun media sosialnya, namun beberapa tangkap layar status berkenaan masih berlegar di media sosial.

Sumber: Free Malaysia Today

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Covid 19 Posting Pilihan Polis Cari Wanita Didakwa Guna Cable Kpn Untuk Langgar Pkp
ArticlePublished 18 Apr 2020 9.44 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM