Covid 19 Artikel Pilihan Polis Perak Akan Rakam Percakapan Timbalan Menteri Hadir Jamuan
Kuala Lumpur, 18 April 2020 - Polis akan memanggil seorang timbalan menteri yang menghadiri jamuan makan di sebuah maahad tahfiz di Lenggong, Perak, petang semalam.
Ketua Polis Perak, CP Dato' Razarudin Husain, berkata berdasarkan siasatan awal, timbalan menteri terbabit sebelum itu meninjau kesiapsiagaan kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) di Lenggong atas kapasitinya sebagai timbalan menteri.
Katanya, sebelum itu timbalan menteri meninjau persiapan kakitangan KKM diiringi sebahagian EXCO Perak, termasuk seorang pemilik maahad tahfiz berkenaan.
"EXCO yang juga pemilik maahad tahfiz itu membawa timbalan menteri ini melawat maahad tahfiz sebelum satu majlis makan diadakan oleh pengurusan maahad tahfiz berkenaan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Dato' Razarudin berkata berkemungkinan kerana melihat pihak pengurusan sudah menyediakan makanan, maka timbalan menteri itu tidak menolak untuk menyertai majlis makan berkenaan.
"Bagaimanapun berdasarkan gambar majlis makan yang tular, kesemua hadirin termasuk timbalan menteri berkenaan didapati duduk dalam keadaan berjarak antara satu sama lain.
"Namun siasatan tetap akan diadakan terhadap kesemua individu yang menghadiri majlis berkenaan," katanya.
Bacaan lanjut menerusi: https://www.bharian.com.my/…/pkp-polis-akan-rakam-percakapa…
Sumber: Berita Harian
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
