Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Cinta Terhalang Dipercayai Punca Dua Beranak Dibunuh Polis

Published: 22 Sep 2016 12.04 PM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Johor Bahru, 22 Sept 2016 - Pihak polis menyifatkan kes pembunuhan dua beranak di Taman Puteri Wangsa, Pelangi Indah, Ulu Tiram di sini semalam sebagai selesai dengan tertangkapnya lapan suspek.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/cinta-terhalang-dipercayai-punca-dua-beranak-dibunuh-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:19 MYT

Johor Bahru, 22 Sept 2016 - Pihak polis menyifatkan kes pembunuhan dua beranak di Taman Puteri Wangsa, Pelangi Indah, Ulu Tiram di sini semalam sebagai selesai dengan tertangkapnya lapan suspek.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata lima daripada mereka ditahan di sekitar Pelangi Indah manakala dua lagi yang merupakan suspek utama diberkas di dalam sebuah bas ekpres di Km 142.4, Lebuhraya Utara-Selatan di susur keluar ke Pagoh.

Mereka dipercayai cuba melarikan diri ke Kuala Lumpur.

Beliau berkata turut dirampas daripada kedua-dua suspek itu ialah beberapa barangan yang dipercayai merupakan milik mangsa.

Seorang lagi suspek yang berusia sekitar 20-an ditangkap pada pukul 3 pagi tadi di Taman Puteri Wangsa, katanya.

Dalam kejadian itu, seorang wanita berusia 56 tahun dan anak perempuannya yang berumur 16 tahun ditemukan mati di rumah mereka yang dipercayai akibat ditikam dan ditetak beberapa kali dengan menggunakan senjata tajam.

Wan Ahmad Najmuddin berkata kesemua suspek berusia antara 18 hingga 20 tahun yang diberkas kurang daripada lapan jam selepas kejadian.

Wan Ahmad Najmuddin berkata motif pembunuhan dipercayai disebabkan 'cinta terhalang' terhadap mangsa remaja berkenaan.

Kesemua suspek direman lima hari hingga Isnin ini.- BERNAMA

ArticlePublished 22 Sep 2016 12.04 PMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM