Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Penemuan Mayat Di Pulau Tenggol Sila Lapor Kehilangan Anggota Keluarga Polis

Diterbitkan: 22 Sep 2016 12.02 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Terengganu, 22 Sept 2016 - Pihak polis memohon orang ramai yang kehilangan anggota keluarga tampil ke balai bolis berhampiran bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat di dalam kotak polisterin di Pulau Tenggol, Dungun, awal bulan lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penemuan-mayat-di-pulau-tenggol-sila-lapor-kehilangan-anggota-keluarga-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 00:19 MYT

Kuala Terengganu, 22 Sept 2016 - Pihak polis memohon orang ramai yang kehilangan anggota keluarga tampil ke balai bolis berhampiran bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat di dalam kotak polisterin di Pulau Tenggol, Dungun, awal bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung orang hilang, sejak rangka itu ditemukan.

"Kami kini giat mengesan identiti mangsa dan memohon orang ramai yang ada kehilangan anggota keluarga tampil ke balai polis berhampiran.

"Selain itu kami juga sedang giat mengesan beberapa petunjuk yang mendatangkan kesan jenayah pada mayat tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama.

Pada 6 Sept lalu, mayat seorang lelaki yang telah reput dipercayai dibunuh ditemukan oleh pemandu bot pelancong bersama-sama tiga rakannya ketika berehat di Pulau Tenggol selepas pulang daripada aktiviti 'snorkeling' kira-kira 9.15 pagi di pesisir pantai tersebut.

Ahmad Zailani berkata hasil laporan bedah siasat mendapati terdapat kesan tetakan pada rusuk kiri, kanan dan belakang badan mangsa yang berusia antara 20 hingga 40 tahun itu.

Jelasnya mangsa dipercayai telah meninggal dunia dalam tempoh lebih dari dua minggu dan kini polis sedang berusaha mengesan identiti rangka berkenaan.

"Mangsa dipercayai meninggal dalam tempoh lebih dua minggu... mangsa tidak dipotong namun (dipercayai) dibiarkan mengalami proses mereput sebelum dibungkus rapi dengan plastik dan disumbat ke dalam kotak," katanya.

Beliau berkata polis yakin kotak berkenaan telah diletakkan di lokasi berkenaan dan bukannya dihanyutkan arus sehingga terdampar ke pesisir pantai.

"Tiada kesan berlumut mahupun warna pudar pada kotak berkenaan...kami percaya ia memang diletakkan di pulau itu dan bukannya dicampak ke dalam laut sehingga terdampar," katanya.

Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Kesaksaan kerana membunuh.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 22 Sep 2016 12.02 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM