Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Cekup Samseng Ugut Mahu Letup Kedai

Published: 19 Jun 2014 2.52 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Tiga lelaki yang bertindak ganas apabila mengugut mahu meletupkan sebuah kedai makan di Simpang Halt akhirnya berjaya ditahan oleh anggota polis malam kelmarin..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/cekup-samseng-ugut-mahu-letup-kedai
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 07:55 MYT

Tiga lelaki yang bertindak ganas apabila mengugut mahu meletupkan sebuah kedai makan di Simpang Halt akhirnya berjaya ditahan oleh anggota polis malam kelmarin.

Seorang daripada tiga suspek berang dengan tindakan pekerja kedai terbabit yang meminta menjelaskan bayaran minuman keras yang dipesan terlebih dahulu sebelum membuat pesanan seterusnya.

Ketiga-tiga suspek bertindak ganas dengan menterbalikkan meja dan bangku dan membaling botol minuman keras ke arah dinding malah bertindak mengambil tong gas yang terletak di dapur untuk meletupkannya.

Menyedari kehadiran pihak polis ketiga-tiga suspek melarikan diri menaiki motosikal namun berjaya diberkas tidak lama kemudian di Taman Kota Jaya Simpang.

Cekup Samseng Ugut Mahu Letup Kedai
Sumber : Keratan Akhbar Harian Metro

ArticlePublished 19 Jun 2014 2.52 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM