Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Cawangan Khas Bukit Aman Anjur Majlis Sambutan Aidilfitri

Published: 11 Jul 2017 7.34 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Memasuki hari ke 17 Syawal 1438H, sambutan Hari Raya Aidilfitri terus dirai oleh warga Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini dengan berlangsungnya Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2017 anjuran Cawangan Khas, Bukit Aman di perkarangan Kompleks 3 jabatan tersebut, di sini, bermula jam 11 pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/cawangan-khas-bukit-aman-anjur-majlis-sambutan-aidilfitri
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:55 MYT

Kuala Lumpur, 11 Julai 2017- Memasuki hari ke 17 Syawal 1438H, sambutan Hari Raya Aidilfitri terus dirai oleh warga Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini dengan berlangsungnya Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2017 anjuran Cawangan Khas, Bukit Aman di perkarangan Kompleks 3 jabatan tersebut, di sini, bermula jam 11 pagi tadi.

Majlis tersebut berjaya menghimpunkan kunjungan daripada setiap lapisan warga Bukit Aman yang terdiri daripada para Pegawai Kanan, Anggota Pangkat Rendah serta Pegawai Awam dalam suasana kesyukuran dan permaufakatan lebih-lebih lagi dalam kemuliaan bulan Syawal biarpun warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa berdepan dengan tuntutan tugas tanpa mengira masa dan ketika.

Dalam majlis yang sama Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim diiringi Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Dato’ Seri Mohamad Fuzi Harun bersama isteri Datin Seri Azizah Hamdi turut menyampaikan sumbangan kepada 40 orang anak yatim dari Pusat Jagaan Baitul Hidayah, Puchong, Selangor.

Hadir sama dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aildilfitri tersebut ialah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dato’ Wan Ali Besar, Pengarah Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard (JIPS), Dato’ Abdul Ghafar Rajab, barisan Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, pegawai kanan, anggota, pegawai awam Bukit Aman, dif-dif jemputan dan rakan media.

Cawangan Khas Bukit Aman Anjur Majlis Sambutan Aidilfitri
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim diiringi Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Dato’ Seri Mohamad Fuzi Harun bersama isteri Datin Seri Azizah Hamdi menyampaikan sumbangan kepada 40 orang anak yatim dari Pusat Jagaan Baitul Hidayah, Puchong, Selangor

Cawangan Khas Bukit Aman Anjur Majlis Sambutan Aidilfitri
Sekitar Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2017 anjuran Cawangan Khas, Bukit Aman berlangsung

Cawangan Khas Bukit Aman Anjur Majlis Sambutan Aidilfitri
Persembahan nyanyian

ArticlePublished 11 Jul 2017 7.34 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM