Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Op Cantas Khas Polis Tahan 70 Pati

Diterbitkan: 11 Jul 2017 6.51 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Seramai 70 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan polis dalam Op Cantas Khas di Pasar Borong Selayang dekat sini, awal pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/op-cantas-khas-polis-tahan-70-pati
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:10 MYT

 

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Seramai 70 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan polis dalam Op Cantas Khas di Pasar Borong Selayang dekat sini, awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata dalam operasi  empat jam bermula 11 malam  tadi, polis menahan 60 lelaki dan 10 wanita Indonesia, Myanmar, Bangladesh serta India.

"Dalam operasi itu, kita turut menahan seorang lelaki warga tempatan kerana membenarkan imigran haram tinggal di rumahnya," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat  Polis Daerah (IPD) Gombak bagi proses dokumentasi sebelum diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan lanjut.

Op Cantas Khas itu melibatkan 200 pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dan IPD Gombak.

Fadzil berkata penahanan PATI adalah antara usaha mengurangkan masalah sosial dan jenayah selain mengurangkan kebimbangan masyarakat setempat.

-- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 11 Jul 2017 6.51 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM