Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Calon Spm 2016 Maut Kemalangan Di Kuala Terengganu

Published: 29 Aug 2016 9.38 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Terengganu, 29 Ogos 2016 - Seorang calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Sultan Mahmud, di sini malam tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/calon-spm-2016-maut-kemalangan-di-kuala-terengganu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:02 MYT

Kuala Terengganu, 29 Ogos 2016 - Seorang calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Sultan Mahmud, di sini malam tadi.

Mangsa, Wan Amirul Ashraff Wan Rusli, 17, dari Kampung Kubang Jela, Manir, meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan yang berlaku pada pukul 10.15 malam itu.

Difahamkan, ketika kejadian pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Panji Alam itu dalam perjalanan dari Kuala Ibai menghala ke bandar Kuala Terengganu.

Namun motosikal jenis Modenas Kriss yang ditunggangi mangsa dipercayai dirempuh kenderaan pacuan empat roda yang datang dari arah bertentangan menyebabkan mangsa mengalami cedera parah di kepala dan badan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Idris Abd Rafar ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk dibedah siasat.-BERNAMA

ArticlePublished 29 Aug 2016 9.38 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM