Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Penganggur Ditahan Bersama Pil Kuda Bernilai Rm20 000

Diterbitkan: 29 Aug 2016 9.40 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Hulu Terengganu, 29 Ogos 2016 - Seorang penganggur diberkas bersama sejumlah pil kuda bernilai kira-kira RM20,000 dalam serbuan di Kampung Payang Kayu, di sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penganggur-ditahan-bersama-pil-kuda-bernilai-rm20-000
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:45 MYT

Hulu Terengganu, 29 Ogos 2016 - Seorang penganggur diberkas bersama sejumlah pil kuda bernilai kira-kira RM20,000 dalam serbuan di Kampung Payang Kayu, di sini, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu ASP Mohd Haki Hasbullah berkata pemuda berusia 23 tahun itu ditahan dalam serbuan kira-kira pukul 10.30 pagi selepas cuba melarikan diri daripada pihak polis.

"Namun dengan kepantasan pihak polis, pemuda berkenaan berjaya ditahan dan hasil pemeriksaan lanjut kita menemui lima paket plastik berwarna biru yang mengandungi 1,000 biji pil kuda yang disorokkan di dalam sebuah plastik.

"Ketika ditahan suspek ditemui sedang memegang plastik yang mengandungi pil kuda dan kita percaya suspek ingin melarikan diri," katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Menurutnya suspek dipercayai mula bergiat aktif dalam kegiatan pengedaran pil kuda sejak awal bulan lalu dan disyaki memperoleh bekalan tersebut dari negara jiran untuk edaran di sekitar Hulu Terengganu.

Mohd Haki berkata suspek kini ditahan reman hingga 4 Sept untuk siasatan lanjut mengikut seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 29 Aug 2016 9.40 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM