Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Buruh Ditahan Bersama Heroin Bernilai Rm15 000

Published: 19 Jun 2014 1.40 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuantan, 20 Feb - Seorang buruh yang dipercayai pengedar dadah ditahan di sebuah rumah di Perumahan Awam Kos Rendah Mat Kilau, Jerantut hari ini...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/buruh-ditahan-bersama-heroin-bernilai-rm15-000
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:51 MYT

Kuantan, 20 Feb - Seorang buruh yang dipercayai pengedar dadah ditahan di sebuah rumah di Perumahan Awam Kos Rendah Mat Kilau, Jerantut hari ini.

Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Azid Ismail berkata serbuan pada pukul 8.59 pagi yang diketuai Insp Abang Annuar Abang Kaderi itu turut berjaya merampas dadah heroin dianggarkan bernilai RM15,000.

Katanya suspek yang berusia 43 tahun itu diberkas di dalam sebuah bilik di rumah tersebut dan hasil pemeriksaan polis menemui satu tiub heroin seberat 1.6 gram di dalam genggaman tangan kirinya.

"Pemeriksaan lanjut di dalam rumah suspek turut menemui tujuh paket dadah jenis sama seberat 176 gram di dalam kabinet televisyen di ruang tamu rumah," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Azid berkata siasatan awal mendapati suspek yang positif dadah itu mempunyai enam rekod jenayah lampau dan dia kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B, Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
 
Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 19 Jun 2014 1.40 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM