Bungkusan Hari Raya Aidilfitri Untuk Pasukan Keselamatan Malaysia
Kuala Lumpur - 29 Julai
2011. Menghargai jasa Pasukan Keselamatan Malaysia menjaga ketenteraman
dan keselamatan negara, Badan Amal Kebajikan Tenaga Isteri-isteri
(BAKTI) pada pagi ini, bertempat di Bangunan BAKTI Siti Hasmah, Taman
Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur telah menyumbangkan sejumlah 39,000 kotak
bungkusan Hari Raya Aidilfitri kepada Polis Diraja Malaysia, Angkatan
Tentera Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
Bungkusan
yang dibekalkan oleh Dewina Food Industries Sdn Bhd ini mengandungi 4
jenis makanan iaitu rendang daging, sambal ikan bilis, kuah kacang dan
nasi impit dengan perbelanjaan sebanyak RM351,000.00 sama seperti tahun
2010.
Dengan kerjasana semua pihak Pasukan Keselamatan Malaysia dari Polis Diraja Malaysia,Angkatan
Tentera Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia,
kerja-kerja membungkus kotak-kotak bungkusan Hari Raya Aidilfitri telah
dapat disempurnakan sebelum Solat Jumaat.
Yang
Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah binti Mansor, Yang DiPertua
BAKTI juga telah sudi meluangkan masa, membungkus kotak-kotak bungkusan
Hari Raya Aidil Fitri untuk Pasukan Keselamatan Negara.
Hadir
sama ialah YABhg. Puan Sri Hajah Noorainee binti Abdul Rahman, Naib
Yang DiPertua BAKTI bersama-sama ahli BAKTI, Pegawai-pegawai Kanan PDRM,
ATM dan APMM.
Gambar-gambar sekitar Majlis Bungkusan Hari Raya
Wartawan/Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan