Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Bungkus Heroin Macam Burger Penganggur Ditahan

Published: 17 Jun 2014 2.06 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
'Polis menahan lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu di hadapan rumahnya dan bersamanya kita menemui dua paket kecil dadah yang dipercayai untuk dijual kepada pelanggannya. 'Hasil pemeriksaa..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/bungkus-heroin-macam-burger-penganggur-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:12 MYT

BUKIT MERTAJAM, 15 Feb - Seorang penganggur didapati menggunakan taktik membungkus dadah yang hendak diedarnya seperti membungkus burger bagi mengelak perbuatannya itu dikesan pihak berkuasa.

Pemuda yang berumur 27 tahun itu ditahan di rumahnya di Taman Machang Bubok di sini dua hari lau hasil maklumat awam dan risikan polis.


Ketua Polis Da
erah Seberang Perai Tengah, ACP Azman Abd Lah berkata pihaknya percaya dadah dibungkus dengan pembalut burger supaya ia mudah dibawa dan orang tidak mengesyakinya serta bagi mengelak dikesan polis.

"Polis menahan lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu di hadapan rumahnya dan bersamanya kita menemui dua paket kecil dadah yang dipercayai untuk dijual kepada pelanggannya.

"Hasil pemeriksaan di dalam rumahnya, kita menemui beberapa bungkusan dadah jenis heroin seberat 1.47 kilogram bernilai RM75,000 yang dibungkus menggunakan kertas pembalut burger," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

ACP Azman berkata suspek disyaki mengedar dadah sejak beberapa bulan lepas dan pembelinya terdiri daripada penagih di sekitar Seberang Perai Tengah (SPT). Dia direman sehingga 20 Feb ini bagi membantu siasatan menurut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau juga berkata lapan lelaki termasuk seorang warga Myanmar ditahan dan polis merampas sejumlah dadah dalam beberapa operasi berasingan di sekitar SPT sejak awal tahun ini.

Sementara itu ACP Azman meminta bantuan orang ramai bagi mengesan dua lelaki berhubung beberapa kes samun di sekitar SPT sejak beberapa bulan lepas.

Mereka ialah Mohamad Azafizal Abd Manap, 25, alias Mat Poling beralamat terakhir di No 10492, Lorong 4, Padang Cempedak, Tasek Gelugor dan R.Ravisankar, 22, dari No 13, Jalan Parit Buntar, Batu 8 1/2, Bagan Serai, Perak.

Orang ramai boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, ASP Suriman Shahrim di talian 04-5382222 sambungan 2446 atau 012-4188669 atau mana-mana balai polis berdekatan.- BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 2.06 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM