Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Rampas Dadah Dan Senjata Tajam Dalam Op Limau Tahun Ba

Diterbitkan: 17 Jun 2014 2.05 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohan Singh Tara Singh berkata rampasan itu terdiri daripada Syabu (13.82 gm), Heroin (28.02 gm), Ketamin (0.50 gm), Ganja (12.03 gm), Eramin 5 (44 biji), pisau (5), par..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-rampas-dadah-dan-senjata-tajam-dalam-op-limau-tahun-ba
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:21 MYT

KUALA LUMPUR, 15 Feb - Polis Ibu Pejabat Daerah Cheras merampas sejumlah dadah dan senjata tajam dalam beberapa operasi sempena OP Limau sepanjang perayaan Tahun Baru Cina.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohan Singh Tara Singh berkata rampasan itu terdiri daripada Syabu (13.82 gm), Heroin (28.02 gm), Ketamin (0.50 gm), Ganja (12.03 gm), Eramin 5 (44 biji), pisau (5), parang (11), dan besi berantai (1).

"Operasi ini dijalankan secara berperingkat di seluruh kawasan Cheras dan kami berjaya menahan beberapa orang suspek berumur lingkungan 21 hingga 30 tahun.

"Kami percaya dengan penangkapan suspek ini ia dapat menyelesaikan 11 kes membabitkan pemilikan senjata berbahaya dan beberapa kes samun," katanya kepada pemberita. Operasi itu membabitkan pemeriksaan terhadap 1,418 individu dan 908 kenderaan - kereta, motosikal dan lori. - BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 2.05 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM