Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Bungkus Dadah Dalam Paket Kopi Segera

Published: 18 Jun 2014 8.37 AM Updated: 15 Aug 2026 7.36 PM
Tindakan seorang lelaki cuba mengelirukan polis dengan membungkus bekalan dadah dalam paket plastik kopi segera, tumpas apabila helahnya Berjaya dihidu pihak polis...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/bungkus-dadah-dalam-paket-kopi-segera
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 07:50 MYT

Tindakan seorang lelaki cuba mengelirukan polis dengan membungkus bekalan dadah dalam paket plastik kopi segera, tumpas apabila helahnya Berjaya dihidu pihak polis.

Suspek berusia 36 tahun ditahan dalam satu rondaan polis dan membawa kepada penemuan 10 paket kopi segera berbeza saiz berbanding produk jenama asal.

Turut ditemui bersama 12 paket syabu, ketamine (16 paket) empat pil Ectasy dan lima pil Eramin 5.

Hasil siasatan, polis telah menyerbu rumah suspek dan menemui 2,573 paket kopi segera yang diisi dadah jenis Ectasy bernilai hampir RM78,000.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatory jika sabit kesalahan.

Bungkus Dadah Dalam Paket Kopi Segera
Sumber : Keratan Akhbar Berita Harian

ArticlePublished 18 Jun 2014 8.37 AMUpdated 15 Aug 2026 7.36 PM