Tindakan
seorang lelaki cuba mengelirukan polis dengan membungkus bekalan dadah
dalam paket plastik kopi segera, tumpas apabila helahnya Berjaya dihidu
pihak polis.
Suspek
berusia 36 tahun ditahan dalam satu rondaan polis dan membawa kepada
penemuan 10 paket kopi segera berbeza saiz berbanding produk jenama
asal.
Turut ditemui bersama 12 paket syabu, ketamine (16 paket) empat pil Ectasy dan lima pil Eramin 5.
Hasil
siasatan, polis telah menyerbu rumah suspek dan menemui 2,573 paket
kopi segera yang diisi dadah jenis Ectasy bernilai hampir RM78,000.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatory jika sabit kesalahan.

Sumber : Keratan Akhbar Berita Harian
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Bungkus Dadah Dalam Paket Kopi Segera
Tindakan seorang lelaki cuba mengelirukan polis dengan membungkus bekalan dadah dalam paket plastik kopi segera, tumpas apabila helahnya Berjaya dihidu pihak polis...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/bungkus-dadah-dalam-paket-kopi-segera
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.