Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Bukit Aman Rampas Pelbagai Dadah Bernilai Rm172 Juta Sepanjang Tahun Ini

Published: 11 Aug 2015 3.58 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman merampas sejumlah 896 kilogram ganja dan 550 kilogram heroin sejak awal tahun sehingga 6 Ogos lepas, kata Timbalan pengarahnya Datuk Pahlawan Mohd Dzuraidi Ibrahim.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/bukit-aman-rampas-pelbagai-dadah-bernilai-rm172-juta-sepanjang-tahun-ini
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:06 MYT

Alor Setar, 11 Ogos - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman merampas sejumlah 896 kilogram ganja dan 550 kilogram heroin sejak awal tahun sehingga 6 Ogos lepas, kata Timbalan pengarahnya Datuk Pahlawan Mohd Dzuraidi Ibrahim.

Menurut beliau dalam tempoh berkenaan polis turut merampas 753 kilogram Syabu, 33 kilogram Ketamin, 381,011 biji pil ecstacy, 449,806 biji pil Yaba dan 1,568,712 biji pil Erimin 5.

"Nilai keseluruhan rampasan dadah di dalam tempoh berkenaan ialah sebanyak RM172 juta manakala nilai sitaan harta adalah sebanyak RM43 juta," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengumumkan kejayaan terbaharu Bukit Aman merampas 172 kilogram ganja dan 159 biji pil ecstasy di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Kedah di sini.

Menurut beliau, dalam tempoh sama jumlah keseluruhan tangkapan ialah sebanyak 109,108 orang dengan 4,307 daripadanya membabitkan warga asing.

Mohd Dzuraidi berkata, penangkapan individu positif air kencing ialah sebanyak 72,623 orang diikuti mereka yang memiliki dadah sebanyak 25,119 orang dan membekal sebanyak 11,366 orang. - BERNAMA

ArticlePublished 11 Aug 2015 3.58 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM