
Article
Bukit Aman Kini Perkenal Sistem Mypelawat
Kuala Lumpur, 17 Jun 2020 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini telah memperkenalkan satu sistem keselamatan MyPelawat kepada orang ramai yang mempunyai urusan d...
Kuala Lumpur, 17 Jun 2020 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini telah memperkenalkan satu sistem keselamatan MyPelawat kepada orang ramai yang mempunyai urusan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, hari ini.
Sistem yang merupakan inisiatif Jabatan Pengurusan dengan kerjasama Jabatan Logistik dan Teknologi PDRM itu telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor dalam satu majlis ringkas, di lobi Menara 1, Bukit Aman.
Sistem MyPelawat bertujuan memantau pergerakan pelawat yang hadir ke Bukit Aman di samping menyimpan rekod maklumat kesihatan mereka untuk mengekang penularan wabak COVID-19 di premis PDRM itu.
Setakat ini, sistem yang menggantikan borang manual itu hanya diperkenalkan di peringkat Bukit Aman sahaja dan ia akan diperluaskan ke semua peringkat kontinjen, daerah serta balai polis seluruh negara dalam tempoh terdekat.
Pelawat kini boleh mengisi borang di pautan https://mco.rmp.gov.my/mcoweb/PREMISEFORM.aspx?cds=30&type=1&other sebelum hadir atau mengisi butiran diri di balai pengawal Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk mendapatkan Kod QR.
Hadir sama dalam majlis perasmian tadi ialah Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani, Pengarah Jabatan Integriti Pematuhan Standard, CP Dato' Zamri Yahya, Pengarah Pengurusan, CP Dato' Abd Rahim Jaafar, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Mohd Zakaria Ahmad, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, DCP Dato' Azisman Alias, pegawai kanan PDRM dan rakan media.
Sekitar Majlis Pelancaran Penggunaan Sistem MyPelawat di lobi Menara 1, Bukit Aman.
Ketibaan Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor.
Sekitar bacaan doa.
Gimik Pelancaran Sistem MyPelawat yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor.
Gimik Pelancaran Sistem MyPelawat yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor.