Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Budayakan Amalan Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara Ketua Polis Selangor

Published: 10 Jun 2014 9.42 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Adalah menjadi tanggungjawab Polis DiRaja Malaysia dalam menjaga dan memelihara kesucian institusi DiRaja dan persembahan Taridra ini adalah langkah yang bernas dalam dalam menunjukkan kesetiaan dan t..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/budayakan-amalan-kesetiaan-kepada-raja-dan-negara-ketua-polis-selangor
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:10 MYT

Damansara, 18 Februari 2011 - "Adalah menjadi tanggungjawab Polis DiRaja Malaysia dalam menjaga dan memelihara kesucian institusi DiRaja dan persembahan Taridra ini adalah langkah yang bernas dalam menunjukkan kesetiaan dan tanda menjunjung kasih kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah," ujar Ketua Polis Selangor, YDH DCP Dato' Haji Tun Hisan bin Dato' Haji Tun Hamzah.

Berucap semasa Majlis Taridra anjuran Polis Kontinjen Selangor di Hotel One World Damansara hari ini, beliau turut menjelaskan selain sebagai tanda menjunjung kasih Polis Selangor yang berkhidmat di bawah payung Sultan Selangor, pementasan ini turut memaparkan tentang kekuatan sesuatu bangsa dan negeri yang terletak pada kekuatan ikatan antara rakyat dan pemerintahnya.

Beliau turut menambah, majlis seperti ini penting sebagai wadah untuk merapatkan talian silatulrahim di kalangan warga PDRM dan rakyat.

Mengakhiri ucapannya, beliau berazam memastikan Selangor terus maju dan makmur demi memelihara kedaulatan Sultan dan kesejahteraan rakyat.

Dalam pada itu, Taridra adalah pementasan berkonsepkan tarian dan drama dijayakan oleh kumpulan Wariseni Budaya dari Shah Alam, menggabungkan elemen lakon, gerak tari, komedi dan nyanyian yang bertemakan "Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara" cetusan ilham daripada Ketua Polis Selangor sendiri.

Pementasan ini bertujuan mengingatkan rakyat bahawa kesetiaan kepada Raja dan Negara adalah penting dalam mendukung cita-cita murni bagi membentuk rakyat yang bersatu-padu dan nikmat kesejahteraan bersama.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim, Timbalan Ketua Polis Selangor, YDH SAC Dato' A. Thaiveegan dan Panglima Briged ke-11 Infantri Malaysia, Bridgedier Jeneral Dato' Khamsan bin Ngari.

Budayakan Amalan Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara Ketua Polis Selangor
DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama Ketua Polis Selangor, YDH DCP Dato' Haji Tun Hisan.

Budayakan Amalan Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara Ketua Polis Selangor
YDH DCP Dato' Haji Tun Hisan semasa menyampaikan ucapan.

Budayakan Amalan Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara Ketua Polis Selangor
DYMM Sultan Selangor bersama-sama Ketua Polis Selangor dan Menteri Besar Selangor.

Budayakan Amalan Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara Ketua Polis Selangor
HARMONI..barisan artis dari Wariseni Budaya, Shah Alam yang menjayakan pementasan Taridra- "Kesetiaan Kepada Raja dan Negara"..

Budayakan Amalan Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara Ketua Polis Selangor
Nyanyian koir daripada warga IPK Selangor mengiringi keberangkatan pulang DYMM Sultan Selangor.

Wartawan:     : Kons Irfan Bin Bujang
Jurufoto:      : Kons Mohd Helmi bin Saadin
Penyunting   : C/Insp Norsuzila bt Kamaruldin

ArticlePublished 10 Jun 2014 9.42 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM