Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Briged Sabah Pga Ke Timor Leste

Published: 09 Jun 2014 6.06 AM Updated: 15 Aug 2026 7.47 PM
'Menuju Medan Bakti', seramai 140 orang pegawai dan anggota dari Briged Sabah Pasukan Gerakan Am (PGA) termasuk 4 pegawai perubatan dari Angkatan Tentera Malaysia berlepas ke Timor Leste..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/briged-sabah-pga-ke-timor-leste
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:36 MYT

Kota Kinabalu, Sabah - 6 April 2008. 'Menuju Medan Bakti', seramai 140 orang pegawai dan anggota dari Briged Sabah Pasukan Gerakan Am (PGA) termasuk 4 pegawai perubatan dari Angkatan Tentera Malaysia berlepas ke Timor Leste dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Kota Kinabalu Sabah.

Diketuai oleh DSP Toipi Lamat dan dibantu oleh ASP Syed Ahmad Tajuddin Syed Mohamad, Briged Sabah PGA akan mengambil alih tugas daripada Briged Sarawak PGA menerusi Misi Pengaman Bangsa-Bangsa Bersatu selama 6 bulan di Timor Leste.

Pemergian Briged Sabah PGA ke Timor Leste sebagai UNMIT itu adalah misi kelapan PDRM, merupakan pengiktirafan tertinggi kepada Briged Sabah PGA.

Istiadat Menuju Medan Bakti  telah diraikan oleh YDH Dato' Hussin bin Ismail, Pengarah Jabatan KDN/KA dan dihadiri sama YDH Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pesuruhjaya Polis Sabah, YDH Datuk Ab. Razak bin Ab. Ghani, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, YDH Dato' A. Paramasivam, Komander Briged Sabah PGA, para pegawai-pegawai kanan, anggota serta ahli keluarga PDRM. Y.Bhg. Datuk Illyas bin Ibrahim, Datuk Bandar Bandaraya Kota Kinabalu juga turut hadir menyaksikan majlis yang bersejarah itu.

Briged Sabah Pga Ke Timor Leste
YDH Dato' Hussin bin Ismail, Pengarah Jabatan KDN/KA mengucapkan selamat jalan kepada ASP Syed Ahmad Tajuddin Syed Mohamad

Briged Sabah Pga Ke Timor Leste
Bersalaman dengan anggota yang bertugas untuk Misi Pengaman PBB di Timor Leste

Briged Sabah Pga Ke Timor Leste
Selamat Jalan dan Selamat Bertugas...

Briged Sabah Pga Ke Timor Leste
Sedih...Ahli keluarga dan rakan-rakan yang hadir untuk menghantar dan mengucapkan selamat jalan...

ArticlePublished 09 Jun 2014 6.06 AMUpdated 15 Aug 2026 7.47 PM