Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Breakfast Talk Integrity Kelestarian Keamanan Negara Perspektif Integriti

Published: 11 Oct 2017 6.12 AM Updated: 15 Aug 2026 6.30 PM
Menyedari betapa pentingnya nilai integriti sebagai suatu kualiti unggul yang mencerminkan etika seseorang individu dan sesebuah organisasi, maka Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menganjurkan “Breakfast Talk Integrity” bertempat di Dewan Tan Sri Khalid Abu Bakar dekat Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/breakfast-talk-integrity-kelestarian-keamanan-negara-perspektif-integriti
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:18 MYT

Kuala Lumpur, 11 Oktober 2017 - Menyedari betapa pentingnya nilai integriti sebagai suatu kualiti unggul yang mencerminkan etika seseorang individu dan sesebuah organisasi, maka Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menganjurkan “Breakfast Talk Integrity” bertempat di Dewan Tan Sri Khalid Abu Bakar dekat Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini, pagi tadi.

Seminar yang bertajuk ‘Kelestarian Keamanan Negara Perspektif Integriti’ itu telah menampilkan beberapa orang tokoh yang tidak asing lagi dalam negara iaitu Ketua Polis Negara (KPN) sendiri, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Dato’ Seri Haji Mustafar Haji Ali, Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli Haji Zainal Abidin dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IIM, Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff selaku moderator.

Dalam seminar tersebut, Tan Sri Mohamad Fuzi telah menekankan empat perkara asas yang difikirkan perlu untuk memelihara dan memulihara isu integriti di kalangan warga PDRM khasnya. Pertama, beliau telah menekankan empat fokus utama KPN untuk memulihkan imej pasukan di mata masyarakat. Kedua, konseptual keamanan dan keselamatan dalam konteks jaminan perkhidmatan PDRM agar menepati visi dan misi pasukan serta kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat dan negara.

Seterusnya, beliau juga telah mengetengahkan hala tuju pasukan dalam menangani ancaman semasa ke arah mengekalkan keamanan negara dan kesejahteraan masyarakat serta yang terakhir, pendekatan PDRM dalam usaha mengekalkan dan mempertingkatkan kepercayaan rakyat terhadap kualiti perkhidmatan PDRM.

Dikesempatan itu juga, beliau selaku orang nombor satu dalam PDRM telah melahirkan harapan agar prinsip integriti itu seharusnya menjadi tunjang kepada budaya kerja di dalam pasukan disamping berikrar untuk tidak sesekali mengamalkan “Blue Wall of Silence” dalam berhadapan dengan elemen-elemen negatif di dalam pasukan.

Seminar pagi tadi turut dihadiri OLEH Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, barisan Pengarah PDRM, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur, SAC Shamsudin Mat.

Sesi Bergambar Kenangan
Sesi bergambar kenangan..

Sekitar Sesi Breakfast Talk integrity dengan topik Kelestarian Keamanan Negara Perspektif Intergriti (2)
Sekitar Sesi Breakfast Talk integrity dengan topik Kelestarian Keamanan Negara Perspektif Intergriti..

ArticlePublished 11 Oct 2017 6.12 AMUpdated 15 Aug 2026 6.30 PM