Dato Sri Abdul Ghafar Rajab Dirai Sebagai Pengarah Pengurusan Pdrm Baharu
DATO’ SRI ABDUL GHAFAR RAJAB DIRAI SEBAGAI PENGARAH PENGURUSAN PDRM BAHARU
Kuala Lumpur, 11 Oktober 2017- Sudah menjadi fitrah perjalanan dalam perkhidmatan, akan ada penghijrahan dan pertukaran jawatan di dalam tugas, selain penstrukturan semula kepimpinan dan organisasi yang bertujuan memberikan nafas baharu bagi menggerakkan seluruh jentera jabatan.
Justeru, sempena meraikan CP Dato’ Sri Abdul Ghafar Rajab sebagai Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Datin Sri Noorfajariah Abdul Rahman selaku Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Jabatan Pengurusan yang baharu di samping menghargai khidmat dan jasa para Pegawai Kanan Jabatan Pengurusan yang telah bersara dan bertukar keluar, satu majlis makan malam bertemakan ‘Sanjungan Budi Lambaian Kasih’ telah berlangsung di Hotel Swiss Garden, di sini, malam tadi.
Berucap dalam majlis tersebut, Dato’ Sri Abdul Ghafar menyeru semua warga Jabatan Pengurusan agar bersama-sama beliau bagi melakar lebih kecemerlangan demi kepentingan warga PDRM dan seterusnya dapat mengekalkan dasar-dasar pasukan sedia ada.
“Untuk mengekalkan kecemerlangan yang sedia ada, saya akan meneruskan legasi kecemerlangan kepimpinan terdahulu, dan mengimplementasikan dasar-dasar sedia ada, di samping menyuntik nilai-nilai tambah baharu, yang mampu membawa pasukan ke mercu kejayaan.
InsyaAllah," ujar beliau yang disambut tepukan gemuruh tetamu yang hadir.
Dalam majlis tersebut juga, Dato’ Sri Abdul Ghafar turut menyampaikan cenderahati kepada lebih 20 Pegawai Kanan Jabatan Pengurusan yang telah bersara dan bertukar keluar yang hadir dalam majlis tersebut.
Hadir sama memeriahkan majlis tadi adalah dalam majlis tersebut adalah Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan), Dato’ Hajah Fatimah Abd. Hamid, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), Dato’ Narenasagaran Thangaveloo, Timbalan Pengarah Pengurusan (Dasar Sumber Manusia), Dato’ Mohd Roze Shaari, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Dato’ Zaini Jass dan para Pegawai Kanan Jabatan Pengurusan.
Sekitar ketibaan Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia, Dato’ Sri Abdul Ghafar Rajab bersama Datin Sri Noorfajariah Abdul Rahman.
Sekitar majlis berlangsung.
Sekitar majlis berlangsung.
Sekitar majlis berlangsung.
Sekitar majlis berlangsung.
Sesi bergambar kenangan.