Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Bookie Judi Bola Sepak Tumpas

Published: 11 Jul 2014 2.19 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Dua lelaki yang berjaya ditahan dalam operasi tersebut tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 63 Akta Pertaruhan 1953 yang boleh didenda tidak melebihi RM20,000 dan pen..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/bookie-judi-bola-sepak-tumpas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:59 MYT
Alor Setar - Dua sindiket perjudian bookie bola sepak antarabangsa yang beroperasi sempena perlawanan bola sepak Piala Dunia 2014 berjaya ditumpaskan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dalam operasi Ops Sogo di sini, kelmarin. 

“Hasil siasatan awal, kita dapati sindiket ini dari dua kumpulan berasingan dan jumlah nilai taruhan bagi kedua-dua kes berkenaan adalah RM75,000 jumlah kredit di atas talian,” kata Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Zaleha Abdul Rahman.

Dua lelaki yang berjaya ditahan dalam operasi tersebut tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 63 Akta Pertaruhan 1953 yang boleh didenda tidak melebihi RM20,000 dan penjara tidak melebihi lima tahun.

Bookie Judi Bola Sepak Tumpas

Sumber: Sinar Harian
ArticlePublished 11 Jul 2014 2.19 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM