Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Bilik Karaoke Jadi Parti Hisap Dadah

Published: 16 Jun 2014 8.38 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
BILIK KARAOKE JADI PARTI HISAP DADAH : Muslihat licik sekumpulan 28 anak muda berusia di antara 13 dan 29 tahun yang menempah sebuah bilik karaoke kononnya untuk menyambut hari lahir seseorang terbong..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/bilik-karaoke-jadi-parti-hisap-dadah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:19 MYT

Muslihat licik sekumpulan 28 anak muda yang menempah sebuah bilik karaoke kononnya untuk menyambut hari lahir seseorang terbongkar apabila mereka didapati menukarkan ‘majlis’ itu kepada parti menghisap dadah beramai-ramai semalam.

Perbuatan tidak berakhlak remaja berusia di antara 13 dan 29 tahun tersebut terbongkar apabila parti liar di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya di sini diserbu pada pukul 2.45 pagi. Mereka mula masuk ke situ kira-kira dua jam sebelum serbuan.

Ketika serbuan kesemuanya sedang asyik menggoyangkan kepala masing-masing mengikut rentak irama muzik Tekno Batam.

Polis yang menyertai serbuan Ops Pusat Hiburan itu turut terperanjat apabila bukan sahaja menemui pelbagai jenis dadah seperti syabu, ekstasi dan eramin 5 malah terdapat sebuah dulang yang dipenuhi serbuk ketamin dipercayai diambil melalui hidung oleh pengunjung.

Kesemua dadah itu ditemui di atas lantai bilik dan di dalam beg tangan pengunjung selepas pemeriksaan rapi dilakukan.

Serbuan itu turut menahan seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun bersama ibunya berusia 29 tahun yang merupakan pelayan premis termasuk enam remaja bawah umur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Supritendan Md. Azmi Othman memberitahu, pihaknya menyerbu dua buah bilik di premis itu.

Bilik Karaoke Jadi Parti Hisap Dadah
ArticlePublished 16 Jun 2014 8.38 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM