Article
Biarjasajadikenangan Video Pilihan Prihatin Tanpa Mengira Waktu Anggota Pdrm Tampil Hulurkan Bantuan
Di sebalik tanggungjawab menjaga keselamatan dan ketenteraman awam, nilai keprihatinan dalam diri warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah luntur.
Di sebalik tanggungjawab menjaga keselamatan dan ketenteraman awam, nilai keprihatinan dalam diri warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah luntur.
Terima kasih diucapkan kepada anggota Kawalan Lalulintas Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya atas keprihatinan dan tindakan pantas menghulurkan bantuan kepada seorang penunggang motosikal yang mengalami kehabisan minyak di Lebuhraya Persekutuan menghala ke Shah Alam, petang semalam.
Meskipun dalam perjalanan ke lokasi penugasan kawalan lalu lintas, Lans Koperal Akram Ikrami Sapei tetap berhenti untuk membantu dengan menunda motosikal tersebut ke stesen minyak berhampiran.
Inilah cerminan sebenar warga PDRM yang sentiasa mengutamakan nilai kemanusiaan dan bersedia membantu masyarakat tanpa mengira waktu dan keadaan.
Sumber: TikTok bangkeram
