
Article
Biarjasajadikenangan Posting Pilihan Tindakan Pantas Anggota Balai Polis Klia 2 Bantu Kesan Beg Kamera Tercicir
KLIA, 14 Jun 2026 – Tindakan pantas dan kerjasama erat antara pihak polis serta agensi berkaitan berjaya membantu seorang pengadu mendapatkan semula beg kamera...
Tindakan pantas anggota Balai Polis Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 2) berjaya membantu seorang lelaki mendapatkan semula beg kamera miliknya yang dilaporkan hilang di terminal berkenaan.
Selepas menerima aduan, anggota Response Team Balai Polis KLIA 2 segera menjalankan semakan bersama Unit Lost & Found serta meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesan lokasi beg tersebut.
Hasil semakan mendapati pengadu telah tertinggal beg kameranya di mesin pemeriksaan Kastam Ketibaan Antarabangsa KLIA 2. Bertindak atas maklumat itu, anggota polis membuat pemeriksaan lanjut dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan mendapati beg berkenaan masih berada dalam keadaan selamat.
Beg itu kemudiannya berjaya dipulangkan kepada pemiliknya.
Kejayaan tersebut mencerminkan kecekapan anggota polis dalam mengendalikan aduan masyarakat serta membuktikan keberkesanan kerjasama antara polis dan JKDM dalam memastikan harta benda orang awam dapat dipelihara dan dipulangkan kepada pemiliknya.