
Artikel
Biarjasajadikenangan Posting Pilihan Pgu Pangkalan Sabah Lakukan Penerbangan Ihsan Bawa Jenazah Wartawan Bernama
Sumber: Polis Daerah Sandakan
Sandakan, 19 Mac 2024 - Polis Diraja Malaysia melalui Pasukan Gerakan Udara (PGU) Pangkalan Sabah melakukan penerbangan ihsan bagi membawa jenazah seorang wartawan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Allahyarhamah Nur Adika Bujang yang meninggal dunia di kediamannya di Taman Perumahan IJM, Batu 6 di sini pada Ahad, pagi tadi.
Penerbangan ihsan yang menggunakan Pesawat Cessna Caravan CE208 itu selamat diterbangkan oleh Kapten Pesawat, ASP Chan Chee Veng bersama Pembantu Juruterbang, Inspektor Low Xi Hu serta Pemerhati Udara, Sarjan Mejar Ellorean Glatter Philip dari Lapangan Terbang Sandakan ke Kota Kinabalu. Jenazah turut diiringi ahli keluarga.
Pihak keluarga Allahyarhamah Nur Adika dan BERNAMA turut merakamkan penghargaaan kepada pihak polis atas bantuan yang telah diberikan.
Hadir sama di lapangan terbang tadi ialah Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan Ramasamy Kuppan dan para pegamal media.
Sumber: Polis Daerah Sandakan