Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Biarjasajadikenangan Posting Pilihan Pgu Pangkalan Sabah Laksanakan Penerbangan Ihsan Bawa Anggota Pga Dapatkan Rawatan Segera

Published: 18 Jun 2026 12.54 AM Updated: 15 Aug 2026 6.55 PM
Kota Kinabalu, 16 Jun 2026 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Pasukan Gerakan Udara (PGU) Pangkalan Sabah telah melaksanakan penerbangan ihsan bagi membawa seorang pesakit, Inspektor Sarman Suratman yang bertugas di Pos Hadapan Pulau Tigabu, Pasukan Gerakan Am (PGA), untuk mendapatkan rawatan segera di Hospital Queen Elizabeth II, Sabah selepas mengalami masalah pada tulang.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/biarjasajadikenangan-posting-pilihan-pgu-pangkalan-sabah-laksanakan-penerbangan-ihsan-bawa-anggota-pga-dapatkan-rawatan-segera
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:27 MYT
 
Kota Kinabalu, 16 Jun 2026 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Pasukan Gerakan Udara (PGU) Pangkalan Sabah telah melaksanakan penerbangan ihsan bagi membawa seorang pesakit, Inspektor Sarman Suratman yang bertugas di Pos Hadapan Pulau Tigabu, Pasukan Gerakan Am (PGA), untuk mendapatkan rawatan segera di Hospital Queen Elizabeth II, Sabah selepas mengalami masalah pada tulang.

Penerbangan menggunakan pesawat AW139 tersebut dikendalikan oleh Kapten Pesawat, Superintenden Dhanieherman Hoesni Abd Aziz bersama Pembantu Juruterbang, DSP Yusfaizal Mohamed Yusof dan dibantu oleh kru penerbangan, Sarjan Mejar Vehahnkenno Mandawang serta Koperal Kenneth Anak Nawot.

Turut mengiringi penerbangan tersebut ialah dua anggota pengiring dari PGA Sabah, Sarjan Ridzuan Shah Rosman dan Sarjan Zamlan Zakaria.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada seluruh warga PGU Pangkalan Sabah atas komitmen dan dedikasi dalam melaksanakan penerbangan ihsan ini. Semoga Inspektor Sarman Suratman dipermudahkan segala urusan rawatan serta dikurniakan kesembuhan yang segera.

ArticlePublished 18 Jun 2026 12.54 AMUpdated 15 Aug 2026 6.55 PM