Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Biarjasajadikenangan Posting Pilihan Dua Anggota Polis Bantu Warga Emas Terbaring Hampir Pitam

Published: 12 May 2023 9.19 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Lans Koperal Muhammad Izzat Haziq Najib dan Lans Koperal Che Johan Nawawi Ahmad dari Balai Polis Labis terserempak dengan sepasang suami isteri warga emas yang terbaring di tepi Jalan Bukit Mambai ketika melakukan rondaan di kawasan Jalan Segamat-Labis, Labis, Johor, petang semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/biarjasajadikenangan-posting-pilihan-dua-anggota-polis-bantu-warga-emas-terbaring-hampir-pitam
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 17:11 MYT
Lans Koperal Muhammad Izzat Haziq Najib dan Lans Koperal Che Johan Nawawi Ahmad dari Balai Polis Labis terserempak dengan sepasang suami isteri warga emas yang terbaring di tepi Jalan Bukit Mambai ketika melakukan rondaan di kawasan Jalan Segamat-Labis, Labis, Johor, petang semalam.

Pasangan tersebut didapati dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Tenang dengan menaiki motosikal, namun terpaksa berhenti di pertengahan jalan kerana penunggang hampir pitam disebabkan cuaca panas.

Simpati dengan keadaan mereka, Lans Koperal Muhammad Izzat telah membawa kedua-dua warga emas itu pulang dengan menaiki kenderaan Pasukan manakala Lans Koperal Che Johan menunggang motosikal pasangan itu hingga selamat tiba ke rumah. Keadaan warga emas tersebut berada dalam keadaan baik dan telah mendapatkan rehat secukupnya.

ArticlePublished 12 May 2023 9.19 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM