Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Op Selamat 20 Polis Kontinjen Johor Dan Ipd Segamat Dinobat Kontinjen Dan Daerah Terbaik

Diterbitkan: 12 May 2023 8.29 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 12 Mei 2023 – Polis Kontinjen Johor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat dinobatkan keseluruhan kontinjen dan daerah terbaik dalam Op Selamat 20 sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 2023 kerana mempamerkan prestasi cemerlang sepanjang penugasan operasi yang diadakan pada 20 hingga 27 April lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/op-selamat-20-polis-kontinjen-johor-dan-ipd-segamat-dinobat-kontinjen-dan-daerah-terbaik
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 23:36 MYT
 
 
Kuala Lumpur, 12 Mei 2023 – Polis Kontinjen Johor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat dinobatkan keseluruhan kontinjen dan daerah terbaik dalam Op Selamat 20 sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 2023 kerana mempamerkan prestasi cemerlang sepanjang penugasan operasi yang diadakan pada 20 hingga 27 April lalu.

Naib juara jatuh kepada Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan IPD Kluang manakala Polis Kontinjen Kelantan dan IPD Kulai masing-masing akur di tempat ketiga terbaik dalam kategori yang dinilai.

Tidak ketinggalan dalam Op Selamat 20 ini turut disampaikan anugerah yang baharu dipertandingkan iaitu anugerah Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (KJSPT) di mana menyaksikan KJSPT Kontinjen Johor, Superintendan Kumarasan Muniandy dinobat sebagai terbaik keseluruhan. Manakala KJSPT Kontinjen Kuala Lumpur, ACP Sarifudin Mohd Salleh dan KJSPT Kontinjen Kelantan, Superintendan Shuhaimi Jusoh masing-masing merangkul naib johan serta tempat ketiga.

Majlis yang berlangsung di Dewan Theatrette, Menara 1, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia telah dihadiri oleh Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani sekali gus menyampaikan sijil-sijil penghargaan kepada para pemenang yang diwakili oleh Ketua Polis Negeri dan Daerah masing-masing.

Berucap dalam majlis, Tan Sri Acryl Sani merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pasukan Gerakan Udara termasuklah Unit Dron Polis Diraja Malaysia yang turut bersama-sama Unit Penguatkuasa Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik dalam menjalankan pemantauan aliran trafik di seluruh negara sepanjang Op Selamat kali ini.

Dalam majlis yang sama, Tan Sri Acryl Sani turut berbesar hati menyampaikan Sijil Penghargaan Khas kepada selebriti tanah air, Encik Nasir Bilal Khan dan pempengaruh media sosial, Encik Ng Yee Sheng (Boss James) kerana mempromosikan kempen pelaksanaan Op Selamat pada kali ini dalam memberikan kesedaran kepada orang awam berkenaan keselamatan jalan raya.

Yang turut hadir, barisan Pengarah PDRM, Pengerusi Kumpulan TM, Tan Sri Mohammed Azlan Hashim, Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia(MCPF), Dato Sri Ayub Hj. Yaakob, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Telekom Malaysia (TM) Berhad, Dato’ Imri Mokhtar, barisan Ketua Polis Negeri, barisan Pegawai Kanan PDRM, Pegawai Telekom Malaysia dan rakan media.

Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin dan Lans Koperal Bryanlie Mustin
 

May be an image of 6 people, dais and text

May be an image of 8 people and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 1 person, dais and text that says 'BUKIT AMAN BUKII'

May be an image of 5 people and dais

May be an image of 5 people, lighting, ambulance, dais and text

ArtikelDiterbitkan 12 May 2023 8.29 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM