
Artikel
Biarjasajadikenangan Posting Pilihan Anggota Mpv Ipd Brickfields Bantu Pengguna Jalan Raya Tukar Tayar Kenderaan
Terima kasih kepada Koperal Noradzimi Md Noor dan Konstabel Mohd Hafizi Abdul Jalil dari Cawangan Kereta Peronda (MPV), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfie...
Terima kasih kepada Koperal Noradzimi Md Noor dan Konstabel Mohd Hafizi Abdul Jalil dari Cawangan Kereta Peronda (MPV), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, atas keprihatinan membantu menukarkan tayar kenderaan milik seorang wanita yang mengalami kerosakan ketika melaksanakan rondaan di sektor Petaling, Jalan Puchong, semalam.
Walaupun bantuan yang dihulurkan kelihatan kecil, namun nilai ihsan dan keprihatinan yang ditunjukkan oleh kedua-dua anggota tersebut mencerminkan komitmen berterusan warga Sang Saka Biru dalam memastikan kebajikan serta keselamatan masyarakat sentiasa terpelihara.