
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jsjk Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas Timbalan Kp Kl
Kuala Lumpur, 20 April 2026 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Rusdi Mohd Isa mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Ketua Pol...
Kuala Lumpur, 20 April 2026 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Rusdi Mohd Isa mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, DCP Dato' Mohd Azani Omar di sini, pagi tadi.
Kehadiran Dato' Rusdi adalah bagi mempengerusikan Mesyuarat Bulanan bersama Ketua-ketua Jabatan JSJK serta Mesyuarat Pencegahan Jenayah JSJK Bilangan 2/2026 yang berlangsung pada hari hingga esok.
Hadir sama, barisan Timbalan Pengarah JSJK Bukit Aman, Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen KL, SAC Wong Ing Fung dan Ketua JSJK Kontinjen KL, ACP Wong Yuen Chuan.