
Artikel
Biarjasajadikenangan Pic Of The Day Sifat Prihatin Anggota Mpv Ipd Timur Laut Bantu Warga Emas Dapat Pujian Masyarakat
Sumber: IPD TIMUR LAUT, PULAU PINANG
Keprihatinan Koperal Arif Mohamed dan Lans Koperal Mohd Saiful Sudirman dari Cawangan Kereta Peronda, Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut yang membantu seorang warga emas melintas dan mengawal lalu lintas berhampiran Pasar Lebuh Cecil dekat Pulau Pinang pada Ahad lepas nyata mendapat pujian masyarakat.
Sifat ihsan yang ditonjolkan kedua-dua polis tersebut dengan mendukung dan seterusnya memapah warga emas terbabit menyeberangi jalan, membuktikan warga Sang Saka Biru begitu mengambil berat keselamatan orang awam tanpa mengira tempat dan ketika. Syabas Koperal Arif dan Lans Koperal Mohd Saiful, anda wira di hati masyarakat!
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di: